Tahukah Anda?? Game yg menghina Islam



1) Devil May Cry 3

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

 Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?



2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.



3) Zack And Wiki


Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.


4) Prince Of Persia


Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)




"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.


5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes



Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".


6) Stronghold Crusader





Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. 



8) Resident Evil 4



Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.



 Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut


Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.



Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.





9) Dante's Inferno


Dante’s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of Hell) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti LustGluttonyGreedAngerViolence, dan lain sebagainya. Danteadalah karakter yang di adaptasikan dari nama Dante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.

Jadi apa yang tak kena dengan game ni?. Game ni sebenarnya telah meletakkan Nabi Muhammad SAW ke dalam Neraka!!!.

Menurut dari website Gameslatest: Middle East avoids Dante’s Inferno (Post ni sekarang dah kena delete) =(

Menurut dari website Gameslatest di atas bahawa Timur Tengah telah mengharamkan game Dante's Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu EA Games kerana "keutamaan selera pelanggan, campuran platform dan faktor lain". Faktor lain? ya, faktor lain seperti penyair Dante (pejuang zaman perang salib III), menempatkan Nabi Muhammad, nabi palsu dalam lubang neraka.




Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.


Info dari xlawsknowledges

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...